-->
banner

22 Jan 2013


Program Sukarelawan 1M4U, Dana RM100 Juta, 1Malaysia Untuk Belia 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia Dre1M

Daftar Program Sukarelawan Belia 1Malaysia (1M4U) | As-Salam, wann ingin berkongsi tentang maklumat tentang satu program baru telah dilaksanakan iaitu Program Sukarelawan Belia dengan nama 1Malaysia Untuk Belia (1M4U). Sebuah dana khas berjumlah RM100 juta akan diwujudkan bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) tersebut dalam usaha untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia di negara ini.

Dana berkenaan dinamakan Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M), yang akan diuruskan oleh satu pasukan tugas khas dengan pentabiran dan pengagihan peruntukan dilakukan secara dalam talian.

Ia merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memastikan program-program di bawah 1MU4 dilengkapi dengan peruntukan untuk para belia menjalankan program sukarelawan mereka ke arah masyarakat dan negara lebih baik.

Semoga dengan wujudnya program 1M4U dan Dre1M ini akan menarik minat seluruh rakyat terutamanya belia-belia negara untuk terus memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia. Tahun 2013 juga akan diumumkan sebagai Tahun Kesukarelawan. Bagi mereka yang berminat boleh mengunjungi laman web www.1m4youth.com.my. Pendaftaran adalah percuma.

Program Sukarelawan 1M4U, Dana RM100 Juta, 1Malaysia Untuk Belia 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia Dre1M


your advertise here

1 komentar:

avatar
Unknown delete January 15, 2014 6:03 pm

assalam.. sye berminat nak join sukarelawan ... mcm mne ye??

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement

Themeindie.com