-->
banner

18 Mar 2020


Dua Beradik dari Tennessee, US ni memiliki 17,700 hand sanitizer yang di simpan di garaj rumah mereka untuk dijual. Mereka dikenali sebagai Mat dan Noah Colvin telah mendapat idea untuk mendapatkan hand sanitizer sebanyak mungkin selepas berlakunya satu kes kematian yang berlaku di US.

Dua beradik ini menjadikan COVID-19 sebagai satu peluang untuk mereka mengaut keuntungan melalui penjualan hand sanitizer ini. 

Yang menariknya, mereka bukan mendapatkan stok hand sanitizer ini terus dari kilang tetapi memborong kesemua hand sanitizer yang ada di keseluruh kedai-kedai yang menjual hand sanitizer di tempat mereka.


Mereka melakukan jualan secara online melalui platform Amazon, eBay, Walmart dengan harga berkali ganda dari harga pasaran biasa. Tapi malangnya, pihak Amazon, eBay dan juga Walmart telah menyekat jualan mereka daripada dijual.

Selaian itu, Mat dan Noah Calvin turut mendapat kencaman teruk dari netizen akibat dari perbuatan mereka yang pentingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan diatas kesulitan orang lain.


Selepas mendapat kencaman dan teguran dari orang ramai, mereka berdua memutuskan untuk mendermakan kesemua hand sanitizer yang ada kepada yang orang yang memerlukan.

Kesimpulannya, janganlah kita jadi orang yang tamak dan pentingkan diri sendiri.
your advertise here

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post

Advertisement

Themeindie.com