Borang Permohonan UPU 2013 MOHE Online (Lepasan SPM) | Pastinya ramai Pelajar lepasan SPM tertunggu-tunggu berita ini dan akhirnya permohonan kemasukan ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) MOHE dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2013/2014 atau ambilan Jun 2013 bagi program pengajian kemasukan lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai semalam 7 Januari 2013 (hari Isnin). 
Borang Permohonan UPU 2013 (Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier)
Borang UPU 2013 melibatkan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM yang terdiri daripada seluruh universiti di Malaysia yang ada pengambilan Asasi dan Diploma dan tidak lupa juga tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Manakala selain daripada di atas yang mana jika anda berminat utnuk menghantar permohonan ke politeknik yang lain (Politeknik Konvensional), Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) anda boleh rujuk sini, Permohonan Kemasukan Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/setaraf dan Lepasan SKM.
Borang UPU 2013 : Kategori Permohonan Kemasukan Ke IPTA
Permohonan kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;
- Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2012 sahaja.
- Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2010.
- Kategori C : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
- Kategori D : Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012.
Borang Permohonan UPU 2013 : PROGRAM PENGAJIAN
Program pengajian yang boleh dipohon bagi permohonan UPU 2013 bagi lepasan SPM adalah :
Di IPTA
- Program Persediaan – Asasi / Tamhidi
- Diploma
Di Politeknik Premier
- Diploma
Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA
Borang Permohonan UPU 2013 : PERMOHONAN KEMASUKAN SECARA ONLINE
Anda semua boleh membuat permohonan UPU 2013 & Politeknik Premier secara online di portal KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) seperti di bawah ini :
Manakala jika anda memilih untuk membuat permohonan Politeknik 2013 bagi kategori politeknik konvensional, sila KLIK LINK di bawah ini :
Borang Permohonan UPU 2013 : NOTA PENTING!
- Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang (KLIK SINI) sebelum membuat permohonan UPU 2013 & Politeknik Premier
- Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan pilihan program pengajian. Pemohon perlu memilih sekurang-kurangnya empat pilihan program pengajian yang berlainan.
- Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.
Permohonan UPU 2013 : Nombor ID PIN UPU !
- Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
- Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
- Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu.
- Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM10.60.
- Satu nombor unik ID yang sama boleh digunakan untuk 3 jenis permohonan iaitu ke IPTA, Politeknik dan ILKA.
- Semak Contoh Slip BSN seperti di bawah ini :
Permohonan UPU 2013 : Syarat Kemasukan Ke UPU?
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
- Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf;
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
- Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
- Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA / Politeknik Premier bagi program pengajian yang memerlukan temu duga;
- Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
- Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA / Politeknik Premier; dan
- Bilangan tempat yang disediakan di IPTA / Politeknik Premier.
Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.
Semakan Permohonan Kemasukan ke UPU 2013 : Rujukan Perkara Penting
Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan (KLIK SINI) untuk mendapatkan maklumat tentang;
- Syarat Permohonan
- Program Pengajian Untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra
- Syarat Pemilihan Program
- Dasar Penentuan Aliran Sains dan Aliran Sastera
- Dasar Markah Kokurikulum
- Penyediaan dan Pengiraan Merit
- Penajaan
- Dasar Pertukaran Program Pengajian
- Dasar Pertukaran IPTA
- Dasar Rayuan
- Dasar Bagi Kategori Setaraf SPM
Maklumat di atas amat penting supaya anda mendapat maklumat yang lebih jelas sebelum menghantar permohonan UPU 2013 sebagai contohnya.
Permohonan UPU 2013 : TARIKH TUTUP
- Permohonan UPU 2013 kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier melalui UPU bagi lepasan SPM ini akan ditutup pada 15 April 2013.
Permohonan UPU 2013 MOHE : MAKLUMAT & PERTANYAAN
Sumber : Portal KPT (UPU & Politeknik Premier)
Anda boleh rujuk semula Portal Kemasukan ke IPTA – UPU seperti yang anda lihat pada paparan gambar di atas ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2013/2014, sila hubungi :
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200 WP Putrajaya.
- Hotline UPU: 03 8870 6767
- Helpline UPU: 03 8870 6777
- Talian Am: 03 8870 6755/6766
- Kaunter: 03 8870 6778
- Faks: 03-8870 6864
- E-mel: upu@mohe.gov.my
Jika anda ada sebarang persoalan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian bagi permohonan UPU 2013, anda boleh cuba menghubungi IPTA dan 3 Politeknik Premier yang berkenaan melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia, seterusnya kongsikan dan berdiskusi bersama kalangan pembaca Berita Semasa di sini. Buatlah pilihan yang bijak demi masa anda semua!
This post have 0 komentar
EmoticonEmoticon